Mar 11, 2008

++kekurangan sebagai kekuatan++

Kekurangan Sebagai kekuatan

Kekadang bila melihat orang lain yang lebih bijak, lebih pintar, lebih cantik, lebih bahagia dan serba-serbi lebih sempurna dari kita, kita cenderung untuk merasa 'kecil', rendah diri dan tak setanding.

Namun, perasaan sebegitu sebenarnya negatif. Untuk menjadi positif, Anda kena jadikan kekurangan dan kelemahan Anda sebagai kekuatan Anda.

Letak ia sebagai pembakar semangat Anda untuk terus memajukan diri!. Semaju yang mungkin, sehebat yang mungkin.

Maybe dia hebat hari ini, tapi tak semestinya dia akan hebat esok. Hidup penuh dengan kemungkinan dan seperti roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.

Hari ini dia di atas, mana tahu esok Anda pula yang berada di atas. To stay on top, perlu konsisten belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran, tak kira sama ada Anda seorang student, pekerja, blogger, golongan marhaen mahupun seorang usahawan.

Andai Anda kurang cantik, kurang hensem, kurang bahagia dan kurang bijak, jangan sesekali merendah diri atau merasa hina. Tapi, jadikan kekuarangan Anda tu sebagai booster motivasi untuk jadi lebih rajin dan lebih bersemangat.

Mulai hari ini, tanya diri Anda apa kekurangan dan kelemahan Anda. Dalam masa yang sama, explore apa kekuatan Anda.

Tak perlu merasa rendah diri bila Anda rasa tak setanding dengan mereka.

Sebab? Itu hidup mereka. Takde kena mengena dengan hidup Anda, pencapaian Anda dan masa depan Anda. Mengapa perlu risau? Anda cuma perlu fokus pada diri sendiri dulu.

Letak target dan letak matlamat untuk diri Anda. Jangan fokus untuk bersaing, tapi fokuskan untuk mencapai matlamat yang Anda set tadi. Kesannya, akan nampak kemajuan.

my motivation skg ni..
ni la die...kekurangan sebagai kekuatan...
walau apepon..anggap la kekurangan tu sbg kekuatan yg wat diri untuk bangkit....

No comments: