Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

#PinatJejakDunia

salam.

just wanna share something from fynn jamal's blog.
here,warkah seorang kakak kepada adik perempuan nya.
Mahal by Fynn Jamal.
assalamualaikum dan salam penuh cinta dari kakak. apa khabar? semoga sihat dan aman, semoga sejahtera dan sentosa. untuk kakak di negeri jauh ini, alhamdulillah --berbiasa2 dan bertenang2 sahaja.

adikku Perempuan,

bagaimana hidupmu lewat kebelakangan ini? apakah elok? apakah molek? maafkan kakak kerana sudah terlalu lama tidak berutus surat, bertukar hikayat melalu warkah. arakian hari2 kakak semenjak dua ini terlalunya sibuk dengan pelbagai. harap dimaafkan. harap diampunkan.

adikku Perempuan,

mengenai soalan kamu tentang kekasihmu si Lelaki itu, sukar hendak kakak jawabkan. kakak sendiri masih mencari makna hidup sambil memperinci iman; gerun untuk kakak berikan kata2 hikmah untukmu. tapi kakak cuba juga.

adikku Perempuan,

mahalkan diri kamu itu, dik. jangan dilelong2 pada sesiapa sesuka rasa. sabarkan diri kamu dan yakinkan pada diri yang kamu ada harga. biar ditempik seribu orang, tuhan itu maha kaya, dan dia akan bagikan kamu seseorang yang selayaknya.

kuncinya hanya tunggu.

lebih cantik seorang kamu itu kalau bijaksana dan hebat sifat diri. seperti pusaka lama yang dimahukan dan diidam2, tapi terkhusus untuk dibeli juragan dan bukan orang kebanyakan. rasakan manis cinta pertama bersama tuan yang memilikmu sehingga habis usia dunia. atau kelak kamu akan merasa ralat kerana pemilik abadi cuma mendapatmu yang sudah sisa.

adikku Perempuan,

apalah digentarkan mati seorang, tak dikasih tak disayang tak dipandang. kalau sungguh imanmu pada tuhan, pasti kamu sedar yang tidak pernah walau sekali kita ditinggal belakang. setiap masa, tuhan itu penuh kasih, melimpah sayang, selalu memandang. kita selalu ada tuhan, dik. sentiasa. setiap masa.

dan sudah dijanji pada kita yang setiap kita tercipta sama pasangannya. maka percaya. dan tunggu datangnya dia. satu2nya dia. berhati2, wahai adikku Perempuan, bila datangnya jutaan Lelaki merempuh pandang, jangan terus2 rangkul kamu itu kamu depang. ingat, dan ingat selalu; semua itu tentera2 iblis yang mahu menggoyah iman kamu.

namun ah kalau pula ditunggu satu2nya dia yang tak kunjung tiba, berimanlah pada janji2nya yang kita semua sudah ditakdir berdua2. kalau tidak dijumpakan kita di dunia, apa dimarah; bukankah lebih manis bersua di syurga? kalau di setiap puisi dan lagu kamu nazamkan penantianmu ke pintu syurga, nah~ ini masanya, bukan?

adikku Perempuan,

kalau sungguh sudah terlepas rasa mengharap cinta pada Lelaki, kuncikan maruahmu dalam peti besi yang paling waja. ambilkan kuncinya dan buangkan ke laut, atau mintakan ayahbonda pegangkan sehingga tiba masanya. ingatlah, adikku Perempuan, tak ada parang yang mahu bersarung buruk; segaknya kan hilang, garangnya kan terbuang. dan kalau pun ada, kakak begitu pasti yang merananya kamu. kerana untuk parang secantik itu, semahunya kamu hendak menjadi sarung bertatah permata hanya untuk dia.

adikku Perempuan,

masa adalah sesuatu yang jahat untuk kaum kita. jasad kita adalah makanan utama usia. maka segalanya perlu teratur molek dan cantik. mungkin, adikku, kerana itu kita begitu terdesak untuk setiap apa yang kita susun dari seawal remaja. nasihat kakak, wahai sayangku, berhentilah kau kejarkan sesuatu yang tak terpegang itu. berhenti dan terima dengan tangan terbuka yang setiap apa yang terjadi adalah tulisan dari cerita tuhan. lebih keras kau genggam takdirmu, lebih teruk nanti akan jatuhmu.

adikku Perempuan,

akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata Lelaki. usah kau deraikan airmata kamu itu, dik. bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu untuk Lelaki kamu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.

lurutkan dada kamu dan kata:
aku sudah cuba.

adikku Perempuan,

ada masa, tuhan mahu menduga iman yang terselit dalam dada. apakah kita lebih mengasihi Lelaki; atau Dia --yang mencipta Lelaki untuk kamu dapatkan. apakah kita lebih mencari Lelaki; atau Dia sendiri --yang mencipta Lelaki untuk kamu kejarkan.

adikku Perempuan,

kamu lebih tahu bagaimana untuk menghidupi hidupmu. kakak juga antara bidadari yang tersungkur, maka di manalah layaknya untuk kakak menjawab persoalan kamu itu. kalaulah ada apa2 yang mampu kakak paksakan untuk kamu telan intinya adalah ini: mahalkan diri kamu. jangan pun dijual pada orang sebarang2. kamu lebih tinggi dari apa kamu rasakan. pekakkan telinga pada lidah2 iblis yang mengajak kamu meniaga maruahmu secepatnya dek takut luput tarikh molekmu --kerana cantik kita tak berpenghujung bila mana dipelihara cantiknya kita itu.

adikku Perempuan,

semoga bertemu dalam lain2 warkah. sambutlah salam kasih dan cinta dari kakak ini, semoga terlerai setiap gusar risau hidup dunia yang tidak ke mana ini. semoga ayah dan bonda tidak pernah lari dari ingatan kamu.

sampai jumpa,
kekandamu;

fynn jamal,
bidadari rosak sayap,
di negeri jauh.

ye.aku tersentak sekejap baca warkah ni.perlu muhasabah lebih dalam.
Share
Tweet
Pin
Share
No say,"hello awak!"
salam uollsss!

as promised*err..ade ke aku janji eh?* tapi x kesah lahh...
here,some pics from my Spore trip with lovelies.
oh,mereka sangat lovely oke.serius.tak tipu.*tunjuk muka inesen* 

Alhamdulillah..sepanjang trip,takde pape yg tak dikehendaki berlaku..melainkan hujan non-stop from the day we arrived till the day we left Singapore.T_T
and really,we had fun.so much fun..sampai the night before we left Spore,tak tidur.oke,itu tipu..tidurlah pukul 4.30pg..buat ape?errr..ntah.serius.random talk with each other.;D

i've been to sentosa island..okayyy,sangat banyak perubahan..
yelah,last aku pegi sane pun time umo 9 taun?10 taun?time kecik2 skirt singkat2 lagi.=P

one thing aku suka bout Spore - their MRT service.awesome gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
beli tix kat machine je n saaaaaaangat susah nak jumpa machine yg rosak,out of service la mende la..dan sangat punctual.tak mcm ktm.aish.=_="
then bila kite dah sampai kat destinasi yg dituju*ecehhskemaweh* bila refund balik tix tu,akan dapat one dollar..kira macam deposit time beli laaa..oh.saya sangat suka.=D

one thing yg aku geli kat Spore - err..couple yg berkelakuan agak sumbang mambang kat dlm MRT,public,dan sewaktu dgn nya..
adoi.banyak kottt..aku ada la amik gambar 2 3 couple gitu..kehkehkeh..ye,sy kijam.=P

done lah.tak mo cakap banyak,here..let the piccas do the talking now...




gambar last tu dah macam anak ayam je kan?x pun org DIGI..kekekek.=P
oh.kamilah cheeky generation.debut 30th jan 2011..XD
Share
Tweet
Pin
Share
4 say,"hello awak!"
salam...

siang tadi pergi menyinggah ke maahad..
*yeah..sekolah kesayangan-terchenta-tahap-tak-hengat...agaga..tnoe,over tak.over tak??*
setelah 2 taun tak jejakkan kaki ke maahad,tetibe arinih terbaek pulak nak menjejak kan kaki ke sana...
last pergi masa 2008,amek sijil SPM..
arinih pergi,amek sijil Cambridge pulakk....*pergghhh..cambridge tu..ahahaha*

dannnnnnnnn..
kebetulan la pulak,arinih ada sambutan hari guru...jumpa la jugak dengan sorang dua cikgu setelah berhempas pulas mengheret si Atiqah Nordin yang tetiba muncul perasaan malu tahap tak hengat tadi...

banyak perubahan yang berlaku dalam maahad.
kantin dia...perghhhhhhhhhhhh...hebaqqqq...macam kafe wa cakap luuuuu...
kalo dulu,main heret2 kerusi nak duduk..sekarang tak lagi....
kalo dulu,anip yang jaga tempat cashier..sekarang tak lagi...
kalo dulu,mcm best je nk beli air..tp skrg macam tak best pulak...sebab dulu boleh suka ati aku je nak masuk dalam dapur tu amek ais,amek air and buat kantin tu macam la ayah aku punya..

okeh..cakap pasal kantin je..taknak cakap pasal menda lain da...=)

gambar timeeeeeeeeeeeee....!
pinat + cikgu hashimah..
serius sayang dekat cikgu neh!time sekolah,sangat rapat dengan dia..belajar dengan dia from form 1 sampai form 3..then start form 3 pulak masuk kadet polis under dia sampai form 5...memang tak berpisah langsung...hoho~
ayat cikgu tadi,"makin sihat kamu ni cikgu tengok.."
aku,"ahaha..sehat gilerrrr da neh cikgu.."
cikgu,"ishh..sehat cukup..jangan tambah giler,risau cikgu karang.."

pinat + bix..
dekat depan tangga pejabat.depan dataran.

pinat + tnoe..
depan aspura.depan padang.

dialog paling best harinih,
ustazah: "kamu nampak berseri ni..dah bersedia ke nak kawen ni?"
tnoe: "hah??"
ustazah: "eh kamu kan yang hantar kad arituh?"
muahahahahahahahahaha~

bix,tnoe..aku sayang anda berdua...
and bix,aku tetap pelik.."macam mane aku boleh kawan dgn kau neh??"
ahahahaha~

sekian sahaja dari pinat..

till then.....=)
Share
Tweet
Pin
Share
4 say,"hello awak!"
salam..

tadi pergi teman syaza buat medical check up kat klinik bangi..*almaklumla...budak nak masuk u..*
lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
orang tak ramai..but,nak tunggu nombor tu,lama tak hengat la...pukul 2 datang,pukul 4 baru balik.
kat klinik ni,med checkup dari pukul 2 sampai 4ptg...
and yes,memang ikut jadual la kitorang neh..
datang pukul 2 ambik nombor bagai,pukul 4 baru abis check up kat doc...
perghhh~seingat aku dulu la..time aku checkup takdela pulak selama ni..
haihaihaihaih~


sebelum tu,pergi ambik ic..
muka aku sumpah tembam!
err..tapi much more better la dari ic masa darjah 6 dulu..sumpah buruk!


eh.eh..tapi ni bukan la tujuan aku nak tulis..
sebenarnya aku nak tunjuk gambar budak yang aku jumpa tadi kat klinik.e.
sumpah tembam gilaaaa!serius comel!pipi bulat!rasa macam nak gigit2 je pipi dia...
"achik,kalo cakap sarah tu tembam,budak ni extra tembam dari sarah!!"
dah la kulit putih...perghh~comel gila kottt...!
here.here..some of her pictures..
err..kepada ibu humaira ni,mohon maap la ye,saya amek gambar dia tak mintak izin makcik dia tadi..heee~
jadi paparazzi aku amek gambar dia ni..hohoho~


see.see..tembam tak tembam pp dia...


hailahhhh...apesal lah kau ni comel sangat??

macam tau2 je aku amek gambar dia neh..elok je wat muka comel camtu...grrr..~

comel kan?comel kan?
rasa nak cubit2 je dia tadi...geram gilaaaa!
umur dia baru 3 tahun,tapi cakap macam umur 4 5 tahun da..pandai cakap owhhhh~
tadi auntie dia ni ada tunjuk gambar dia macam amani(adamaya)..serius,memang ada iras amani sikit...
tengok kat depan2 pon ada macam amani jugak....memang comel......~


ehem:kalau nawal tembam macam ni,alamat pp dia memang da jadi mangsa gigitan aku la....
eh..tak sempat aku gigit,umi dia gigit dulu da....ahahahah~

ehemehem: harini adamaya last kan??wajib tengok!!!


Share
Tweet
Pin
Share
8 say,"hello awak!"
ingt x entry ni??
bout the film yg di adaptasi from novel..
ingt x entry ni?
my wishlist for my bday.

yeah...at last,i got that novel already..*big smile*

cover from US version.

owh.owh..before that,here the synopsis taken from the writer's website.
If Naomi had picked tails, she would have won the coin toss.
She wouldn't have had to go back for the yearbook camera, and she wouldn't have hit her head on the steps.
She wouldn't have woken up in an ambulance with amnesia.
She certainly would have remembered her boyfriend, Ace. She might even have remembered why she fell in love with him in the first place.
She would understand why her best friend, Will, keeps calling her “Chief.”
She'd know about her mom's new family.
She'd know about her dad's fiancée.
She never would have met James, the boy with the questionable past and the even fuzzier future, who tells her he once wanted to kiss her. She wouldn't have wanted to kiss him back.

But Naomi picked heads.


errr.aku x pandai nk review buku.
but i'll try.

this novel really made me into it.
bile da start baca,rasa mcm x nak stop..
storyline tu wat me curious nak tau what happen next to naomi.

ok first,novel ni consist 4 main characters,
naomi-the main character..the one yg fell from stairs...
ace-naomi's bf before she fell from stairs.
james-the one that help her.
will-naomi's bestfren n co-editor in yearbook.

"story start dgn naomi jatuh from stairs. james tlg and pretend like her bf semata nk tmn naomi dlm ambulance. once naomi sedar kt hospital,die dah tak ingat all her past 4 years. from there naomi start searching her past. will help her..give her cd contains mix song nak tolong bagi naomi remember her past. ace come and claim as her bf. and the story goes on dgn break up.big fighting.and so on."

this novel just like kinda a diary of naomi.
zevin used ganti diri I not SHE or HER.
once kita baca,kita rasa macam kita as naomi.

see..aku mmg x reti nk wat review..hohohoho~
whatever la..
tp mmg aku recommend sgt2 to those yg rajin membaca.
yg rasa nk improve english.
novel ni totally awesome!*kalo aku da cakap awesome,mmg totally awesome la..*

btw,for those yg berminat u guys can get it from MPH dgn cover yg mcm kt atas...*else,KINOKUNIYA pon ade.POPULAR pon ade.BORDERS pon ade..pilih je..*
price?RM 38.90...*aku rase worth it je spend almost 40 kt novel ni..sbb aku abes bace.ahahaha*

another cover yg mungkin ade kt bookstore around Malaysia,

cover from UK version.


enjoy reading!


credit synopsis to here.
credit picca to uncle google.

p/s: kali ni review buku...coming soon review filem die plak..hohoho~
Share
Tweet
Pin
Share
No say,"hello awak!"
salam..

memula,aku nak tanye,
WILL YOU MARRY YOU??

"err,what the??
mende la si pinat ni merepek..
pehal plak aku nk kawen ngn aku??"

okeh2..
based on satu buku motivasi yg aku bace,LIFE IS AN OPEN SECRET,by sis Zabrina..
soklan ni ade kat secret two..
kalo korang dapat soklan neh,korang nak jawab camne??
amek mase seminit,pikir..
yes,no or maybe??


jawapan aku,
maybe..

let see,if aku adlh org laen..
will i marry me?
bile aku pikir balik..
my answer still maybe..
why?
aku sendiri pon tatau..
bcoz of my attitude kot..
there are too many things yg watkan jawapan aku maybe..
bile aku tengok my positive attitude,my answer is maybe yes!
and vice versa..

heh,aku sendiri pon ckp maybe kat diri sendiri..
apetah lagi org yg berlainan jantina kan??

one more thing,
bile aku tengok keliling aku yg couple..
aku rase,
our partner tu cermin diri kite..
mcm mane perangai kite,mcm tu la perangai our partner..
try korg tgk bf/gf korg..
ade tak gitu??
kalo bukan perangai korg skrg,mungking perangai korg time lepas2..who know,aite??

let see this situation,
assume A is a girl and B is boy.
A ni dulu gle punye playgirl la..
tak penah setia,plg kurang die kapel dlm 2 org sekali..
and now,she got B..
dan die setia nak mati!
but,B got another gf blkg die..
B plak jenis yg sekali kapel 2 org..
nampak kan??
our partner tu cermin diri kite..
kinda karma la jgk..



haih,panjang entry neh..
so korang,meh berpikir..
will you marry you??
and our partner's character tu ade kaitan x ngn diri kite???
Share
Tweet
Pin
Share
11 say,"hello awak!"
Newer Posts
Older Posts

About me


A lost soul wandering around the world.

“The most beautiful in the world is, of course, the world itself.” – Wallace Stevens has csa

recent posts

Blog Archive

  • March 2020 (2)
  • December 2018 (7)
  • August 2016 (1)
  • December 2015 (3)
  • June 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (1)
  • February 2015 (7)
  • November 2014 (6)
  • June 2013 (1)
  • September 2012 (1)
  • February 2011 (2)
  • May 2010 (2)
  • April 2010 (1)
  • September 2009 (1)
  • July 2009 (3)
  • November 2008 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates