Cairo, Egypt - Mesir Part 5

by - 2/11/2015 09:30:00 PM

Salam.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

okeh ! lepas dah seharian semalam berpusing di bandar Cairo.. marilah ke bandar lain, iaitu Fayoum. tempat dimana tasik Qarun, Qasr Qarun, Kincir Air Nabi Yusuf dan Air Terjun Padang Pasir terletak.

Fayoum ni jarak dia dalam 2 1/2 hours driving from Cairo. Sempat la kitorang melenakan diri dalam van tu ha. sepanjang perjalanan dapat dilihat ladang2, tumbuhan tumbuh subur di tanah Fayoum. tanah yang berkat. bandar yang dibina oleh Nabi Yusuf. subur sungguh tanah dia. kiri kanan ada ladang bawang, ladang oren, pokok2 zaitun etc.





masa memula nampak tasik Qarun tu rasa tak percaya tu tasik pun ada. sebab luas sangat. SANGAT. like..tak nampak hujung seberang sana. katanya, keluasan tasik tu dalam 55,000 hektar and keluasan tu macam menunjukkan betapa banyaknya harta Qarun yang ditenggelami bumi. lepas stop kejap tepi jalan tengok tasik Qarun, we moved to Qasr Qarun. orang kata istana Qarun, tapi bila baca info board, macam tempat tu bukan istana, tapi kuil. katanya bangunan tu muncul atas tanah balik. kuasa Allah kan. siapa boleh halang. dulu, Allah tenggelamkan semuanya. kemudian Allah timbulkan balik sebahagian yang ditenggelamkan-Nya sebagai ibrah untuk kita semua. building ni kalau ikut info ada 3 tingkat, 336 chambers. tatau lah digunakan untuk apa chambers2 tu. mungkin untuk simpan harta dia yang menggunung. bayangkan istana dia besar mana kalau kuil/temple dia pun dah sebanyak tu biliknya. ya Allah. tu pun sombong lagi dengan Allah. isk nak masuk area qasr qarun ni kena bayar tau. 20LE sorang. tapi tu lepas nego tak silap. kalau tak harga dalam 40LE? not sure bout that.


tasik Qarun



nuuuun disana Qasr Qarun

 then, kitorang bergerak ke Wadi El-Rayyan. nak masuk dalam kawasan ni kena bayar around 17LE/person. masuk je dalam area ni. padang pasir kiri kanan. kitorang yang tak pernah merasa padang pasir ni ape lagi. teruja sangat la kannnnn. dapat pulak merasa berjalan atas padang pasir tu. rasa nak menangis time tu. macam one of my dreams dah dapat. /mentally tick off desert from my list/ dapat duduk dekat padang pasir tu macam tanak gerak. hahahahaha.



padang pasir luas pemandangan





 and then, kitorang masuk ke dalam lagi...mencari air terjun padang pasir. gaya sebut air terjun macam perghhh tinggi gila la kan. air terjun kan? mesti la terbayang macam air terjun dekat sini ha. kena panjat batu bata segala nak sampai kat punca air terjun. takde maknanya la haiiii. comel je. tapi bagi orang-orang arab yang tak jumpa benda tu. macam satu nikmat untuk dorang. boleh mandi manda dekat tengah-tengah padang pasir. dekat area tu ada kedai, tempat makan. kitorang bawak bekal untuk lunch, bolehlah duduk-duduk area situ makan-makan sambil menikmati pemandangan padang pasir.


comel je khennnnnn




then, lepas makan, semayang semua. kitorang gerak masuk dalam bandar Fayoum mencari kincir air Nabi Yusuf. bila sebut kincir air tu.. bayangan ofc lah dekat ladang udara angin hembus sepoi-sepoi bahasa bagai kan? kan? idak le rakan-rakan sekelian. kincir air tu tengah-tengah bandar. dan sayangnya tak dijaga elok. ;_______; tinggalan nabi, tak dijaga elok. kalau ikut apa yang diceritakan oleh Aizat, our tourguide, dia kata kincir air ni banyak. kiranya yang kitorang tengok tu antara yang utama lah. Nabi Yusuf nak atasi masalah kemarau Mesir 7 tahun, baginda salirkan air dari sungai Nil ke Fayoum, takungkan di satu kawasan,dan guna kincir air untuk salirkan air ke seluruh bandar Fayoum. sayangnya kincir air tu dah tak berpusing lagi dan kotor. sobs.

kincir Nabi Yusuf



bandar Fayoum


that's the end of our journey on day 5. balik tu semua hanyut dalam kereta. sekali dengan tourguide hanyut. dan kitorang berdepan dengan traffic yang sangat na'uzubillah. tension kalau drive. hahahahahha

cont day 6 , last day. next.


till then,
pinat.

You May Also Like

0 say,"hello awak!"