Feb 11, 2015

Cairo, Egypt - Mesir Part 6

Salam

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

berakhirnya Fayoum, makanya hampir berakhir lah jejak kami di Mesir. harini hari terakhir bagi kitorang di bumi Mesir. last visit, kitorang decide nak ke Museum of Egypt then shopping /lagi/ #k

pagi-pagi tu punyalah berangan nak jumpa Mat Luthfi sebab semalam nya dia ada kt Cairo untuk simposium something lah. sekali punah harapan sebab flight dia pagi tu. srooootttt.

then kitorang gerak ke muzium yang terletak dekat area Medan Tahrir. ingat tak kisah revolusi 2011? ye. dekat area situ. sebelah muzium tu ada satu bangunan politik something like that yang dibakar. surround kawasan medan Tahrir tu penuh dengan kereta kebal, askar bersenjata, polis bersenjata, polis yang menyamar rakyat biasa pun ramai. siap pakai bulletproof vest memasing. kita yang tak biasa ni dalam dada punyalah berharap takde apa yang berlaku kan. Alhamdulillah. takde apa. boleh kata kerajaan dorang yang agak paranoid mungkin. takut nau.

muzium mesir ni entrance fee 75LE. TAPI kalau nak masuk tengok mumia and katanya ada Firaun Ramses II ke III ntah. kena bayar lagi 100LE. kitorang just amek yang 75LE je pusing dalam muzium. itupun dah penaaaattt. leulz. muzium ni pun rasanya act as tempat pengumpulan segala artifak yang dijumpai dalam piramid. banyak lagi artifak dalam kotak-kotak yang selalu archeologist guna letak barang tu still tak dibukak. banyak lagi monumen firaun yang masih dalam re-structured. semua dalam muzium tu ada artifak, monumen dari pelbagai zaman firaun. kalau suka sejarah zaman purba firaun amatlah digalakkan ke sini. sangat sangat digalakkan. puas kot.


keta ni betul2 depan entrance muzium orz




75LE entrance fee

bangunan yang dibakar ketika revolusi

medan tahrir

sigh

 kemudian, bergerak ke pasar Hussein kembali. untuk last minute shopping. menghabiskan segala LE yang ada sebab nak bawak balik tukar kt Malaysia pun tak laku. huhuhuhuhu.






then, ke rumah Anis dekat Rumah Negeri Sembilan, Anis dan rakan-rakan buat jamuan sikit untuk kitorang. malamnya tu pukul 12am semua bergerak ke airport. ahli rombongan 9 orang akan fly ke Abu Dhabi for 2 days. dan tinggal lah yours truly sensorang kt Cairo untuk flight iols esok nya pukul 1.30pm. TAT


jamuan serba sedikit




nasib baik adik2 tourguide, Anis sudi tumpangkan rumah untuk satu malam. and jejaka2 kachak ni sudi nak hantar keesokkan harinya ke airport. dapatlah merasa minum 'asir atas kereta tepi jalan pukul 2 pagi. hahahahahahaha


orange juice in the middle of the night. 

last pic of Cairo International Airport sobs. 

dengan ini. berakhirlah kisah di Egypt. next post insyaAllah untuk overall budget.

sekian.
pinat.

No comments: